Penajaan Selena Gomez

Gomez telah menceburi perniagaan dan industri lain. Beliau merupakan sebahagian daripada kempen iklan fesyen belakang Sears, sebagai sebahagian daripadanya Gomez tampil dalam iklan televisyen. Pada Ogos 2009, beliau juga menganjurkan "Sears Arrive Air Band Casting Call" - untuk memilih lima orang untuk "Sears Air Band" pertama, yang mengadakan persembahan di Anugerah Muzik Video MTV 2009. Gomez merupakan jurucakap untuk Borden Milk, dan tampil dalam iklan cetak dan televisyen kempen. Dari tahun 2010 hingga 2014, Gomez mengeluarkan jenama pakaiannya sendiri melalui peruncit K-Mart, Dream Out Loud by Selena Gomez.[258] Ia diumumkan pada 30 Julai 2012, bahawa Gomez akan bekerjasama dengan Case-Mate sebagai sebahagian daripada kempen pemasaran "Right Case, Right Occasion" akan datang. Gomez telah mengeluarkan dua wangian, Selena Gomez by Selena Gomez pada 2012 dan Vivamore by Selena Gomez pada tahun 2013.[259] Pada 2013, Gomez mencipta koleksi warna kuku sendiri untuk Nicole by OPI.[260] Dari 2013–2015, Gomez merupakan jurucakap dan rakan kongsi Neo by Adidas.[261] Pada 2015, Gomez menandatangani perjanjian penajaan $3 juta bersama Pantene.[262] Pada 2016, Gomez muncul dalam iklan kempen Coca-Cola "Share a Coke". Gomez muncul dalam iklan untuk kempen dan lirik dari dua lagu Gomez akan muncul pada pakej produk Coke seluruh negara.[263] Gomez muncul di dalam kempeb untuk jenama mewah Louis Vuitton pada Jun 2016.[264] Gomez mengesahkan bahawa beliau telah bekerjasama dengan Coach, Inc, bermula dengan produk musim gugur 2017 mereka.[265]

Rujukan

WikiPedia: Selena Gomez http://www.vogue.com.au/celebrity/news/selena+gome... http://kidstvmovies.about.com/od/wizardsofwaverlyp... http://kidstvmovies.about.com/od/wizardsofwaverlyp... http://movies.about.com/od/montecarlo/ig/Monte-Car... http://top40.about.com/od/singles/gr/selenagomezfa... http://www.accesshollywood.com/selena-gomez-gradua... http://news.adidas.com/GB/Latest-News/adidas-NEO-L... http://www.allmusic.com/album/revival-mw0002877757 http://www.allmusic.com/album/stars-dance-mw000255... http://www.allmusic.com/artist/selena-gomez-mn0000...